Tuesday, October 28, 2008

Muat Turun KERNA Secara Percuma!

Bermula Selasa ini (28 Okt), anda boleh memuat turun lagu tema Kerana Karina 3 nyanyian Marsha, Kerna, secara percuma di guamuzik. Promosi ini berlangsung hanya selama 7 hari, jadi cepat! Anda hanya perlu klik pada cover single di bawah ini...


Friday, October 24, 2008

KERNA - Lagu Tema Kerana Karina 3



KERNA
(Lagu tema Kerana Karina 3)

Dulu, ketika
Masih menanti
Yang indah, jelma
Bagaikan ilusi

Suara hati ini, ia memanggil
Hanyamu yang menyambut, tak ku lupa

Chorus
Kerna ku, kau tempuh yang keruh
Kerna ku, kau korban, (langsung) tiada soalan
Kerna mu, berubah semua
Kerna mu, ku temu kekuatan (yang) sejati

Dulu, ku lemah
Tiada arah
Yang ada, luka
Tiada hujungnya

Sentuhanmu oh sayang, sering ku nanti
Di situlah bahagia, yang ku hargai

Chorus

Bridge
Bagaikan hanya semalam
Kau bisik ungkapan begitu indah
Ku di awangan

Akhirnya di takdir jua
Bertemu akan penghujungnya
Bukan mudah ‘tuk ku rela

Oh rindunya, pedihnya
Kau tiada, selamanya


Repeat Chorus

Artis: Marsha Londoh
Lagu: Audi Mok
Lirik: M. Zulkifli

Thursday, October 23, 2008

Wednesday, October 22, 2008

Monday, October 20, 2008

Kerana Karina 3 Kini Bermula!

Masa yang dinantikan telah tiba! KK3 bermula hari ini dan boleh disaksikan di microsite istimewa. Untuk menonton, klik SINI

Thursday, October 16, 2008

Wednesday, October 15, 2008

Kerana Karina 3 Kemuncak Segalanya!


by Miss Ayu
15 Oktober 2008

Drama bersiri online pertama di Malaysia, ‘Kerana Karina’ kini kembali dengan musim ketiga. Pasti ramai yang ingin tahu apa yang terjadi kepada Karina setelah dia kehilangan tunang tercinta, Imran, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya bukan?Semalam bertempat di Breeze Cafe, TTDI Plaza, satu majlis pelancaran drama online ini telah diadakan bagi memberi peluang kepada pihak media menemubual barisan pelakon yang terlibat dalam drama online popular ini.

Menurut Pengurus Besar Bahagian Perisian, Jenama dan Pemasaran Alt Media Sdn Bhd, M. Zulkifli Abd Jalil, musim ketiga ‘Kerana Karina’ menyaksikan bagaimana Karina bergelut untuk meneruskan hidup setelah melalui banyak peristiwa pahit dan manis sebelum ini, terutamanya setelah kematian Imran.

“Dalam musim ketiga ini, Karina terus meratapi kehilangan Imran dan dia juga mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada dunia seni yang penuh glamor. Bagaimanapun, kehadiran seorang sahabat lama berjaya menyuntik sinar baru dalam kehidupan Karina.“Ini merupakan drama online kelima dan terakhir GUA untuk tahun ini. Kami harap peminat-peminat yang sudah lama mengikuti siri ini tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan musim terakhirnya kerana jalan ceritanya lebih mantap. Malah, peminat juga akan dapat menyaksikan watak-watak kegemaran mereka berkembang lebih jauh dan akhirnya mampu menyelesaikan konflik-konflik yang mereka hadapi.

“Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KAO Laurier yang masih sudi menaja drama ini. GUA berasa sangat berbangga dengan kerjasama ini dan mengharapkan pembabitan KAO dalam ‘Kerana Karina’ untuk dua musim akan mencetuskan satu perkembangan yang sihat untuk jenama lain menyokong usaha-usaha seperti ini, “ ujar M. Zulkifli.

Siri ini masih lagi diterajui oleh pengarah Aidilfitri Mohamed Yunos dan mengekalkan Marsha Londoh, Sazzy Falak, Chelsia Ng, Bell Ngasri, Norman Hakim, Tunku Tiara dan Roslan Aziz. Malah, pelakon kacak Alan Yun yang pernah menjadi sebahagian daripada ‘Kerana Karina’ kembali memainkan peranan lamanya sebagai kekasih Sherina.

Musim ketiga ini juga memperkenalkan seorang bakat baru yang telah dicungkil bakatnya melalui pertandingan ‘Mencari Kawan Karina Laurier’ yang telah bermula selepas tamatnya ‘Kerana Karina 2’ tidak lama dahulu. Mahasiswi UiTM Shah Alam, Wan Nurul Aini binti Wan Shuib telah berjaya mencuri perhatian juri dan diberi peluang untuk berlakon di dalam penerbitan ini.

Drama 20 episod ini akan muncul secara eksklusif di gua.com.my bermula 20 Oktober ini dan episod baru akan ke udara setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. Selain boleh ditonton di laman web, ‘Kerana Karina 3’ juga boleh dimuat turun ke telefon bimbit 3G melalui GUA Mobile. Hanya buat panggilan video dengan mendail *32223 dan anda boleh menyaksikan drama ini pada bila-bila masa dan di mana jua.

Monday, October 13, 2008

Kerana Karina 3 Poster


KK3 Mendapat Sentuhan Penerbit/Komposer Terkenal

Memang tak sah kalau Kerana Karina dilancarkan tanpa lagu tema yang original. Musim pertama dulu, Azmeer telah menyumbangkan lagu "Yang Mana?", sementara musim kedua pula, Johan Nawawi mencipta and menerbitkan lagu "Tiada Sekali".

Buat musim ketiga pula, penerbit/komposer yang kian hangat masa kini, Audi Mok, telah bersetuju untuk menerbitkan lagu tema yang bakal dinyanyikan oleh pelakon utama Kerana Karina, Marsha Londoh.

Lagu ini dijanjikan akan membawa satu kelainan yang diharapkan akan dapat diterima oleh peminat-peminat Marsha dan Kerana Karina.

Thursday, October 9, 2008

Video Di Sebalik Tabir Kerana Karina 3

Ikuti bahagian pertama video di sebalik tabir KK3. Klik di SINI

Wednesday, October 8, 2008

Pelancaran Kerana Karina 3 Minggu Depan!

KK3 bakal dilancarkan pada 14 Oktober di restoran BREEZE di TTDI Plaza, Taman Tun Dr Ismail. Pelancaran ini akan dihadiri kesemua tunggak utama KK3 termasuk Marsha Londoh, Sazzy Falak, Norman Hakim, Bell Ngasri, Chelsia Ng dan Roslan Aziz.

Di majlis tersebut juga, pemenang-pemenang peraduan MENCARI KAWAN KARINA tajaan Kao Laurier akan diumumkan. Pemenang utama akan menerima RM3,000 dan juga telah muncul di dalam KK3 membawakan watak khas.

Para hadirin juga akan dapat menonton secara eksklusif 2 episod pertama KK3.

Tuesday, October 7, 2008

Gambar-Gambar Di Sebalik Tabir Kerana Karina 3






Pics by: blog.zulkhas.com

Akan Datang: Kerana Karina 3!

Hello semua. Drama online favourite Malaysia, Kerana Karina, akan muncul dengan musim ketiga! KK3 akan mula ditayangkan 20 Oktober 2008 eksklusif di www.gua.com.my. Nantikan kemunculannya!